Miss K

Nov 29, 2021

“Takkan Anak-Anak Nak Makan Pasir?” - Ucap Selamat Tinggal Pada Malaysia Airlines, Kini Ibu Kepada 5 Cahaya Mata Dinobat Jutawan Sulung Mutyara.

Seakan tidak pernah mengenal erti putus asa, bekas akauntan syarikat terkemuka Asia, Malaysia Airlines ini khabarnya nekad mengucapkan selamat tingal kepada kerjaya yang dibina lebih 10 tahun selepas menggenggam azam untuk mengembangkan lagi perniagaan yang dikelola bersama empayar Mutyara Beauty.

Zalikha Asmaon atau lebih mesra disapa Ika merupakan salah seorang barisan “JUTAWANITA” yang kini difahamkan mendominasi carta Mutyara Millionaire Round Table (MMRT) selepas hampir dua tahun berkecimpung memasarkan produk kesihatan tersebut.

Meskipun kelihatan agak “Lemah” di awal pembabitannya, namun ibu kepada lima cahaya mata ini juga dikatakan pernah berdepan jalan buntu kerana terlalu takut andai dihempap sebarang risiko serta cabaran dunia perniagaan.

“Memang saya mula join Mutyara tanpa modal tapi saya takut sangat kalau bisnes saya tak konsisten. Rasa seram kalau tiba-tiba jatuh merudum. Anak-anak nak makan apa? Pasir?” katanya.

Bagaimanapun, Ika yang sebelum ini hampir menemui titik noktah akui bangkit selepas beliau dihujani rezeki yang tidak dijangka.

“Alhamdulillah, tak sangka sales boleh melambung dengan sangat pantas. Sekarang Ika mampu jana pendapatan 6 angka sebulan walaupun tanpa modal.

Mak Ika selalu pesan, kalau nak berniaga biar ikhlas supaya pelanggan percaya dengan hasil jualan kita. Benar, rezeki memang tak pernah salah alamat,” ujarnya.

Menurut Ika, bimbingan yang diberikan pihak HQ serta kelas-kelas sokongan seperti “coaching” secara maya yang dibiaya percuma oleh syarikat seolah berjaya menerajang caj negatif keluar dari tubuhnya.

Bahkan langsung tidak menafikan bahawa sesi “101” bersama pengasas Mutyara, Tya Arifin juga berhasil mentransformasikan set mindanya.

“Terima Kasih Puan Tya, Ika rasa bertuah sangat dapat menuntut ilmu dengan Puan Tya. Tanpa Puan Tya, mungkin Ika tak mampu berdiri di tahap sekarang.

“InsyaAllah, jika tiada aral melintang. Ika akan tanamkan hasrat untuk bantu ramai lagi wanita diluar sana agar mampu bebas daripada kepompong kemiskinan.” Katanya ketika ditemu bual ketika sesi Morning Booster di Telegram Mutyara Members.

Untuk rekod, hasil kudrat empat kerat mempromosikan rangkaian produk di bawah label A Klasse dengan sangat konsisten dan agresif, Ika yang mempunyai lebih 3000 anak kumpulan di bawah naungannya telah dianugerahkan darjat “Black Diamond” oleh pelantun lagu Bagaikan Mutiara.

Sarat dengen elemen emosi dan memori, “Top Leader” ini juga merupakan Jutawan sulung yang berjaya dilahirkan Mutyara Beauty selepas hampir lima tahun menapak dalam industri kecantikan & kesihatan tempatan.

Adakah anda bakal Jutawan seterusnya? Ayuh bangkit Wanita, lebarkan impian bersama Mutyara. Usah cepat berputus asa. Malah ambillah segala bentuk peluang yang ada, agar kejayaan menjadi milik anda. Bak kata Tya, “Tiada Hasil Yang Mengkhianati Usaha”.