Cara-Cara banyakkan susu badan selepas melahirkan

Masalah susu badan yang tidak mencukupi sering menjadi igauan buat para ibu selepas melahirkan terutamanya para ibu muda.

Tekanan (Stress), faktor pemakanan yang tidak seimbang, lifestyle sangat mempengaruhi hormon dalam badan dan menyukarkan untuk menghasilkan susu badan.

Antara cara yang dapat membantu para ibu dalam menghasilkan susu badan yang banyak adalah:

1. Banyakkan minum air kosong

Bagi mendapatkan susu badan yang banyak, para ibu digalakkan untuk kerap minum air kosong sebanyak 2-3 litre sehari (bergantung kepada size berat badan).

 

Minuman berkarbonat ataupun kafein tidak digalakkan kerana apa yang para ibu minum akan disalurkan kepada susu badan dan boleh menyebabkan anak mendapat khasiat yang tidak elok juga.

2. Amalkan makan Ubi Bit

Ubi Bit merupakan tumbuhan dari kumpulan sayuran berubi yang kaya dengen asid folik yang sangat baik dalam memberikan khasiat yang baik bagi memperbanyakkan penghasilan susu badan.

3. Jadikan amalan makan kurma sebagai rutin harian

Kurma merupakan salah satu daripada makanan sunnah yang sangat dituntut untuk mengamalkannya. Kurma kaya dengen satu nutrien yang dikenali sebagai tryptophan yang merupakan 1 daripada 10 asid amino yang sangat penting yang diperlukan tubuh badan dalam membina protein.

 

Kurma juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Kurma membekalkan tubuh badan dengan zat kalsium yang mencukupi dalam membantu penghasilan susu badan yang banyak buat para ibu.

 

Jadikan amalan makan kurma bagi menambahkan susu badan anda disamping dapat membekalkan tenaga kepada badan. Tahukah anda, 100g kurma boleh memberikan sehingga 6.5% bekalan kalsium yang disarankan sehari.

4. Khasiat Bawang Putih selepas berpantang 

Mengamalkan makan bawang putih sangat digalakkan buat para ibu selepas berpantang. Bawang Putih sangat baik dalam memulihkan luka selepas bersalin, membuang angin dalam badan dan membantu dalam memperbanyakkan susu.  

5. Kawal tekanan dan emosi

Tekanan (Stress) boleh menyebabkan hormon di dalam badan menjadi tidak terkawal dan menyebabkan susu sukar untuk dibekalkan. Sentiasa kawal emosi dan cuba cari jalan penyelesaian bagi mengawal tekanan anda.

6. Kerap menyusukan anak

Penyusuan yang kerap boleh merangsang hormon prolaktin yang boleh memperbanyakkan susu badan. Akan tetapi, jika susu badan masih keluar sedikit, janganlah berputus asa, seeloknya teruskanlah memberi anak menghisap puting. Anda juga boleh mengamalkan makanan tambahan untuk menambahkan susu badan anda dan salah satu caranya adalah dengan mengamalkan Jus Mutyara.

      

Jus Mutyara merupakan makanan tambahan yang dirumus khas dari herba & makanan sunnah yang terpilih yang sangat baik diamalkan para wanita untuk kekal bertenaga, sihat dan cantik. Jus Mutyara mengandungi bahan seperti ubi bit, kurma dan bawang putih yang membantu memperbanyakkan susu badan.

 

Antara manfaat yang wanita dapat dengan mengamalkan Jus Mutyara adalah dapat membantu mereka dalam menghasilkan susu badan yang banyak.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp admin puteri:

MUTYARA

"Sihat Itu Nikmat"

702e47cf-023b-4a6c-be13-4f31d4e5eb1d.JPG
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Mutyara Beauty

Tya Arifin

@mutyarabeauty

Whatsapp Logo.png

Wisma Mutyara

 

25, Jalan PPU 2A, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Phone : 018-278 9277

Email : sales@mutyara.com

Informations

2020 A Klasse Essentials Shd Bhd , All Rights Reserved