2018 Mutyara All RIght Reserve

NOTE BY GROUP CEO

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 

Sebelum saya bermula, izinkan saya kenalkan diri saya kepada anda. Nama saya Asyraf Khalid, Group CEO A Klasse Shd Bhd. 

 

Walaupun usia saya masih lagi muda, tapi saya mempunyai pengalaman yang agak luas di dalam bidang kosmetik & kecantikan, bermula dari umur saya 16 tahun, bersama syarikat keluarga, iaitu Simplysiti. Walaupun saya berkerja di syarikat yang dimiliki keluarga, saya tak terkecuali untuk bermula dari bawah. Bapa saya, lantik saya sebagai ‘Marketing Activation’, di mana saya belajar banyak tentang bagaimana nak bercakap dengan pelanggan, ‘set up booth’, angkat kotak-kotak dan macam-macam pengalaman yang memberi seribu makna pada kehidupan saya.

 

Di usia 25 tahun, berbekalkan pengalaman yang ada, saya mengajak Izara Aishah, yang juga kakak ipar saya, untuk bersama-sama saya memulakan perniagaan kosmetik, yang di beri nama Madame Izara. Apa yang meyakinkan saya adalah semangat yang di tunjukkan oleh Izara, di mana dia mahu menghasil produk yang berkualiti tinggi sahaja, dan mahukan hanya yang terbaik untuk pelangan produk yang kami hasilkan.

Kini, pada tahun 2018, Syarikat kami memperkenalkan jenama terbaru keluaran kami, Jamu Mutyara. Jamu Mutyara adalah kerjasama antara saya dan Isteri tercinta saya iaitu, Tya Arifin. Tya juga merupakan seorang pelakon yang di segani di Indonesia, dan telah memenangi banyak anugerah di Indonesia. 

Alhamdulillah kini, kami telah mempunyai hampir 100 orang stokist & agent bersama kami di Dalam Malaysia. Selapas sambutan yang sangat memberangsangkan, kami mengambil keputusan untuk membantu lebih ramai orang, dengan membuka peluang untuk anda berniaga bersama kami. 

Anda tak perlu risau, kalau anda tidak berpengalaman berniaga, pihak HQ di Aklasse Sdn Bhd akan bantu anda 'step by step'. Sama ada anda baru dalam bidang perniagaan atau dah berpengalaman, saya mengalu-alukan anda untuk sama-sama menjana pendapatan dengan kami!

Terima Kasih

 

Asyraf Khalid

Group CEO Aklasse Sdn Bhd